Wednesday, October 19, 2011

Anak kambing dicederakan anjing

Malang tak berbau..semasa anak kambing bermain2 di kawasan luar kandang, anjing liar menyerang...kaki anak kambing cedera teruk...terpaksalah di sembelih untuk mengelakkan pembaziran....kesian...ini antara nak2 kambing yang sihat...tak sempat ambil gambar sebab berada di Melaka...gambar yg ada hanya daging selepas di lapah....

Monday, October 3, 2011

5 IBU BERANAK DALAM MASA 1 BULAN...

Syukur kepada Allah...5 ibu kambing beranak dalam masa 1 bulan....berpeluh dibuatnya...cuma 1 ibu anak dua dua mati kerana ibu kurang susu dan lambat beri bantuan...


Thursday, August 25, 2011

Salam Ramadhan

Salam sahabat2...dah lama betul tak update blog ni..macam2 berlaku semenjak May'11 sehingga sekarang...kambing matilah...kena beguk lah, beranak lah...tak cukup tangan pulak...InsyaAllah lepas raya ni nak start compile apa yg aku telah buat sejak May'11 ke Aug'11...
Malam ni malam ke-26 Ramadhan...banyak2lah beribadah kerana amalan fardhu X70 ganda pahala dan amalan sunat pahalanya sama dengan amalan fardhu....InsyaAllah jika kita ada azam nak berqiamul pada Lailatulqadar...Allah akan ketemukan kita...Amin...

Saturday, May 14, 2011

Besarkan kandang yang sedia ada...

Oleh kerana dalam 3-4 bulan ni ada kambing yang akan beranak,,ruang dah tak mencukupi...extension diperlukan....

Lagi Ubatan untuk kambing....

1/5/11 lepas jumpa dengan dengan Hisham (IF) beli vitamin dan ubatan yang berkaitan dengan kambing...total kos = RM93 

Tonik untuk penghadaman....RM3.50 sepeket,,


Ubat untuk kekalkan sistem pernafasan yang baik..


 Ubat kalau ada luka...


Sunday, April 3, 2011

Kambing pertama kena penyakit

Setelah 2 bulam menternak kambing...dugaan yang pertama datang. Seekor kambing betina beranak dua kena demam panas. Masa tu aku ada di melaka. Selepas bagi antibiotik pertama, keadaan masih lagi tak berubah. Tak boleh bangun dan kalau dipaksa bangun badan mengigil. Sentuh badan kambing akan mengembik kuat seolah2 kena rotan.Antibiotik ke dua diberi, tak ada perubahan...maka keputusan terpaksalah disembelih sebelum menjangkit ke kambing lain.....
Selepas baca banyak blog kambing, aku decide buat post mortem kenapa kambing mati bermula dgn jantung, paru2 dan bahagian tertentu...
Satu finding, paru2 kambing sebelah kiri macam lebam (gelap) jikan dibandingkan dgn yang kanan. Conclusion yang boleh aku buat sebagai orang baru, jangkitan kuman pada paru2.....aku kena rujuk expert tentang finding n...

Monday, March 21, 2011

Kemungkinan berlaku semasa kambing beranak

1. Beranak Normal

2. songsang..kena bantu semasa beranak...

3. satu kaki keluar dulu...
Kes 2 & 3 kena bantu..

ubat untuk basmi kuman

En Hisham cadangkan aku guna jenis Amatic..4 tutup campurkan dgn 2 liter air. Semburkan kat kandang dan juga badan kambing. Ini bagus untuk mengurangkan kutu pada badan kambing.

Kalau dah terdesak sangat, Maladion pun boleh. Aku pernah pakai utk tanaman cili, tak sangka untuk kambing pun boleh pakai.



 Jenis ini., Omnicide yg paling kuat. Semasa semburan, kambing mesti dikeluarkan dahulu. Lepas kering, baru boleh dimasukkan semula. Takut keracunan.

Thursday, March 17, 2011

Ringkasan Data Suntikan dan Jenis Kambing

Walaupun tak lengkap, ini adalah sebagai contoh....Ni bukan yg terbaik

Monday, March 14, 2011

rumput napier pemberian Cikgu Alif

Rumput yang sudah membesar...cepat naik...terima kasih kepada cikgu Alif..

Selepas

Beri Suntikan Vitamin--> 23 ekor kambing

Hari ni, rekod dalam sejarah hidup aku..aku jadi doktor Veterina tak bertauliah. Tak ada photo masa aku beri suntikan...sebab aku yg suntik siapa nak ambil gambar..wak suhar yg tolong pegang kambing tegang urat peluk kambing tak bagi bergerak...

Aku suntik 23 ekor kambing dalam masa sehari. Berbekalkan kursus pendek dengan En. Hisham, tangan ni dah biasa sekarang. Kalau sesiapa nak bagi sub suntik kambing..boleh call

Dari 3 ubat, aku cuma beri 2 sahaja. Oligovit adalah vitamin . Sukatan 1ml/10kg kambing. Aku beri kat semua kambing. Sukatan diantara 2.5ml - 3ml (estimation aje..).
Lagi satu aku beri untuk anak kambing aje, Denferos. Aturan boleh diberi maximum 0.5ml-1ml selepas 4 hari kambing dilahirkan.
contents vitamin Oligovit...

Vitamin Denferos untuk anak kambing...aku bagi 0.5ml

Ni kalau kambing kena penyakit yg berkaitan dgn paru2..setakat ni aku belum beri lagi..

Sebelum ini, 8/3/11 Jabatan Veterina ada datang ke kandang beri Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap). Aku tak pasti jenis apa sebab aku tak ada pada masa itu.

Lesson learn:
Aku dapati selepas menyuntik 4-5 ekor, jarum selalu bengkok atau susah nak tembus. Mula2 akun ingat cara cucukan salah. Rupanya satu jarum tak boleh guna banyak kali sebab tumpul. Apa aku buat selepas itu, setiap 5-6 ekor, aku guna jarum baru.
anak kambing ni pun tak terkecuali..kena jab juga..
Selepas disuntik..



Wednesday, March 9, 2011

Kambing kacuk boer yang baru masuk

Aku tak dapat tengok dengan detail kambing yang masuk ke kandang Selasa lepas sebab pada masa itu aku di Melaka. Ada 18 ekor semuanya.  Lepas tengok kambing beranak....aku tinjau sepintas lalu...petang tadi jabatan verterinar datang periksa kambing , tagging dan suntikan kurap...(yg details kena check...abah aku pun tak pasti sangat jenis ubat yg diberi..)
Sabtu atau Ahad ini aku akan ke pagoh lagi..plan nak bagi suntikan vitamin....
Yang Penjantan Kacuk Boer ni besar macam anak lembu...

Ada 2 betina yang anaknya masih menyusu..

memanjat sambil makan..
Perbandingan saiz penjantan dengan yang lain..

kambing betina beranak...

tengahari abah telefon kambing betina beranak 2 ekor. Dua - dua jantan. Lepas kerja belah petang terus balik pagoh. Sebelum balik aku beli suntikan untuk vitamin, ubat sakit mata dan ubat luka di Tehel. Sampai Pagoh pun dah 10 malam. Anak2 nampaknya sihat...aku bagi bantuan agar anak2 kambing dapat menyusu.

bergambar dgn salah seekor dari anak kambing

Comel...

Anak kambing cuba menyusu sendiri...

Bantu anak kambing menyusu...


close up...anak 1

close up...anak2

Sunday, February 27, 2011

Selepas kursus

Selepas kursus..pada pendapat aku masih banyak part yang belum di cover dgn details seperti jenis2 penyakit kambing dan bagaimana nak merawat...dalam nota ada tapi tidak diuraikan...yg aku ingat, semasa di kandang En Hisham ada terangkan tentang penyakit kembung, sakit mata (berselaput),sahaja..macamana nak rawat kalau kambing luka...
aku tengah pening kepala.. abah aku dah masukkan lagi 18 ekor, total 22 ekor semuanya...
Macamana nak handle?? Sebenarnya aku tak setuju masuk banyak sangat...
Nampaknya hujung minggu ni aku kena turun Pagoh...applied ada yg aku belajar dgn En Hisham/Noh/Hj Mahmood....

Saturday, February 26, 2011

Kursus Menternak Kambing di Kampung Setulang Daeng...

Hari ini aku berkesempatan mengikuti kursus menternak kambing & lembu di kampung Setulang Daeng dekat Bukit Rambai. 4 peserta mengikuti kursus ini termasuk aku...Idzmir dari Muar, Idham & Syed Muhammad dari Kelang. Banyak yang dapat aku belajar...En Hisham, Hj Mahmood & En Nor banyak memberi tunjuk ajar cara yang terbaik untuk memulakan perusahaan ternakan kambing ini...


pandangan dari depan kandang..kalau dibandingkan dgn reban aku, ni 10X-15X lebih besar..

dari depan, Idzmir, Idham & Syed Muhammad..bakal tokeh kambing & lembu

Pandangan dari dalam kandang..>50m

En Nor mendengar soalan dari peserta, Syed

En Hisham menerangkan Ubat2/vitamin asas untuk ternakan kambing

Bagi vitamin untuk anak kambing, tak perlu disuntik

Tu dia..baka Boer..ngeri...90kg..ada berani beli...

Suntikan di punggung...merasa suntik 3-4 ekor kambing

Gambar aku menyuntil vitamin ke peha kambing...
(gambar ehsan dari blog Integrated Farm En. Hisham)

Petang, masa untuk makan..

Kandang khas untuk kambing betina yg baru beranak...

Spray mata kambing yg kena sakit selaput putih..

makan2

rumput napier + hampas soya

Baka pure kambing Boer..macam bawa Haley Davidson....90kg

Tanaman rumput Napier penting untuk mengurangkan kos makanan. ~60-70% daripada kos datang dari makanan ternakan....

Demo mesin chopper untuk rumput napier...kena beli satu ni...harga~RM2k
Gambar ehsan blog Integrated Farm En. Hisham

Bergambar sebelum tamat kursus....atas dari kiri, En. Hisham, Idham, Syed Muhammad,
bawah dari kiri aku & Idzmir. SEMOGA BERJAYA!!!!