Monday, March 21, 2011

Kemungkinan berlaku semasa kambing beranak

1. Beranak Normal

2. songsang..kena bantu semasa beranak...

3. satu kaki keluar dulu...
Kes 2 & 3 kena bantu..

ubat untuk basmi kuman

En Hisham cadangkan aku guna jenis Amatic..4 tutup campurkan dgn 2 liter air. Semburkan kat kandang dan juga badan kambing. Ini bagus untuk mengurangkan kutu pada badan kambing.

Kalau dah terdesak sangat, Maladion pun boleh. Aku pernah pakai utk tanaman cili, tak sangka untuk kambing pun boleh pakai.



 Jenis ini., Omnicide yg paling kuat. Semasa semburan, kambing mesti dikeluarkan dahulu. Lepas kering, baru boleh dimasukkan semula. Takut keracunan.

Thursday, March 17, 2011

Ringkasan Data Suntikan dan Jenis Kambing

Walaupun tak lengkap, ini adalah sebagai contoh....Ni bukan yg terbaik

Monday, March 14, 2011

rumput napier pemberian Cikgu Alif

Rumput yang sudah membesar...cepat naik...terima kasih kepada cikgu Alif..

Selepas

Beri Suntikan Vitamin--> 23 ekor kambing

Hari ni, rekod dalam sejarah hidup aku..aku jadi doktor Veterina tak bertauliah. Tak ada photo masa aku beri suntikan...sebab aku yg suntik siapa nak ambil gambar..wak suhar yg tolong pegang kambing tegang urat peluk kambing tak bagi bergerak...

Aku suntik 23 ekor kambing dalam masa sehari. Berbekalkan kursus pendek dengan En. Hisham, tangan ni dah biasa sekarang. Kalau sesiapa nak bagi sub suntik kambing..boleh call

Dari 3 ubat, aku cuma beri 2 sahaja. Oligovit adalah vitamin . Sukatan 1ml/10kg kambing. Aku beri kat semua kambing. Sukatan diantara 2.5ml - 3ml (estimation aje..).
Lagi satu aku beri untuk anak kambing aje, Denferos. Aturan boleh diberi maximum 0.5ml-1ml selepas 4 hari kambing dilahirkan.
contents vitamin Oligovit...

Vitamin Denferos untuk anak kambing...aku bagi 0.5ml

Ni kalau kambing kena penyakit yg berkaitan dgn paru2..setakat ni aku belum beri lagi..

Sebelum ini, 8/3/11 Jabatan Veterina ada datang ke kandang beri Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap). Aku tak pasti jenis apa sebab aku tak ada pada masa itu.

Lesson learn:
Aku dapati selepas menyuntik 4-5 ekor, jarum selalu bengkok atau susah nak tembus. Mula2 akun ingat cara cucukan salah. Rupanya satu jarum tak boleh guna banyak kali sebab tumpul. Apa aku buat selepas itu, setiap 5-6 ekor, aku guna jarum baru.
anak kambing ni pun tak terkecuali..kena jab juga..
Selepas disuntik..



Wednesday, March 9, 2011

Kambing kacuk boer yang baru masuk

Aku tak dapat tengok dengan detail kambing yang masuk ke kandang Selasa lepas sebab pada masa itu aku di Melaka. Ada 18 ekor semuanya.  Lepas tengok kambing beranak....aku tinjau sepintas lalu...petang tadi jabatan verterinar datang periksa kambing , tagging dan suntikan kurap...(yg details kena check...abah aku pun tak pasti sangat jenis ubat yg diberi..)
Sabtu atau Ahad ini aku akan ke pagoh lagi..plan nak bagi suntikan vitamin....
Yang Penjantan Kacuk Boer ni besar macam anak lembu...

Ada 2 betina yang anaknya masih menyusu..

memanjat sambil makan..
Perbandingan saiz penjantan dengan yang lain..

kambing betina beranak...

tengahari abah telefon kambing betina beranak 2 ekor. Dua - dua jantan. Lepas kerja belah petang terus balik pagoh. Sebelum balik aku beli suntikan untuk vitamin, ubat sakit mata dan ubat luka di Tehel. Sampai Pagoh pun dah 10 malam. Anak2 nampaknya sihat...aku bagi bantuan agar anak2 kambing dapat menyusu.

bergambar dgn salah seekor dari anak kambing

Comel...

Anak kambing cuba menyusu sendiri...

Bantu anak kambing menyusu...


close up...anak 1

close up...anak2