Hot Issue

Loading...

Tuesday, January 25, 2011

Makanan Kambing

FORAJ

Sebahagian besar keperluan makanan kambing dan biri-biri diperolehi daripada foraj. Ternakan boleh dibiarkan meragut di waktu siang dan dikandangkan di waktu malam. Kambing biasanya menyuakai foraj dari berbagai jenis tumbuhan dan penternak sebaik–baiknya menanam pokok berdaun banyak yang disukai oleh haiwan ini, seperti pokok bunga raya, ubu kayu, dan petai belalang.
Pokok-pokok ini boleh ditanam sebagai pokok pagar. Apabila menguna rumput pilihan penternak janganlah menanam jenis rumput Signal (Brachiaria decumbens) sebab dia telah didapati mengandungai bahan yang boleh menyebabkan kambing dan biri-biri mengidap penyakit kuning dan sensitive kepada cahaya (Abas Mazni dan Sharif, 1980).
Kambing dan biri-biri biasanya boleh memakan sebanyak 4 kg rumput sehari. Apabila pemberian rumput terhad bolehlah diberi makanan tambahan seperti dedak padi sebanyak 0.6 kg/hari/ekor (Jaafar, 1987). Makanan tambahan yang lain seperti hampas isirong kelapa sawit dan hampas kopra boleh juga digunakan. Dalam satu kajian di daerah Sepang dan Ulu Langat kambing membesar dengankadar 71g sehari dalam system di mana ternakan dikandang dan diberi foraj bersama hampas isirong kelapa sawit atau hampas kopra (Rahman dan Khusahry, 1986). Foraj yang digunakan termasuk daun ubi kayu (70 – 80%) dan rumput gajah, air dan batu garam galian jilat juga dibekalkan. Dalam kajian yang sama didapti kambing yang dibiar meragut bebas dan dikandang di waktu malam membesar dengan kadar 51g sehari.

Kajian di Sumatera menunjukan pemberian makanan tambahan berupa hampas isirong kelapa sawit kepad kambing biri-biri di samping foraj dapat meningkatkan tumbesar berat badan daripada 28g sehari (tanpa makanan tambahan) kepada 70g sehari (Ginting dll., 1987). Kadar hampas isirong kelapasawit yang disyorkan ialah 1.35% daripada berat badan haiwan iaitu lebih kurang 160g seekor.
Penggunaan makanan tambahan akan juga meningkatkan prestasi pembiakan kambing. Dalam satu kajian di Serdang (Rahman dan Khusahry, 1982) kambing betina yang diberi makanan tambahan berasaskan hampas kopra, hampas isirong kelapa sawit atau kulit kopi mendapat 55% adak kembar manakala yang tidak diberikan makanan tambahan hanya mendapat 33% . Berat badan anak kambing yang dilahirkan lebih tinggi untuk yang diberikan makanan tambahan. Campuran makanan tambahan ditunjukkan dalam jadual 9. dan ini diberikan dengan kadar 2% berat badan.
Bahan Makanan
Rumusan 1
(kg)
Rumusan 2
(kg)
Hampas dan kulit kopi
Hampas isirong Kelapa Sawit
Hampas Kopra
Cip ubi kayu
Bungkil Soya
Urea
Molas
-
20.0
40.0
10.0
10.0
-
20.0
20.0
-
20.0
10.0
9.2
0.8
20.0
(disunting dari Rahman dan Khusahry, 1982)
KADAR MUATAN HAIWAN
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan bagi penternak yang mengunakan foraj sebagai asas makanan ternakan ialah bilangan ternakan yang bolih dimuatkan bagi sesuatu hektar kawasan foraj. Sekiranya bilangan ternakanmelebihi keupayaan kawasan membekalkan makanan maka hasil dan tumbesar ternakan akan terjejas. Di samping itu rumput dan kekacang yang terdapat di kawasan itu mungkin sukar hidup dengan ragutan yang terlalu rapi. Di samping itu rumput dan kekacang yang terdapat di kawasan itu mungkin sukar hidup dengan ragutan yang terlalu rapi. Di sebaliknya pula bilangan yang terlalu rendah akan mengurangkan pendapatan yang dapat diperolehi dan pembaziran foraj akanberlaku. Kadar muatan haiwan ini bergantung kepada hasil foraj yang dapat dibekalkan. Oleh itu kawasan rumput yang dibaja dapat menampung kadar muatan yang lebih tinggi daripada yang tidak dibaja . Saiz haiwan juga mempengaruhi kadar muatan , lebih banyak lembu jenis Kedah-Kelantan (KK) yang boleh dimuatkan dibandingkan dengan lembu kacokan. Jadual 10 memberikan panduan kadar muatan foraj. Panduan ini berasaskan kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia dan di Negara-negara tropika lembab. Kadar muatan yang dinyatakan bolih ditingkatkan sekiranya penternak makanan tambahan.
Jaduai 10 Kadar Muatan Haiwan Untuk Sistem Ternakan Berasaskan Foraj Di Malaysia
Jenis Ternakan
Foraj
Bilangan sehektar
Tumbeser atau susu sehari
Lembu Pedaging


Lembu Tenusu

Kambing dan biri-biri
Rumput + 300 kg baja nitrogen (‘N’)


Rumput + Kekacang

Rumput tanpa ‘N’
Rumput + Kekacang
Rumput + ‘N’

Rumput tanpa ‘N’
Rumput + ‘N’
4 – 5 (kacukan)
6 – 7 ( K-K)

2 – 3 (kacokan)
3 – 4 (K – K)

1 (S/F)
2 (S/F)
2 – 4 (S/F)
10
30 - 40
400 – 450 g
300 – 350 g
300 – 350 g
300 – 350 g
6 – 7 kg
12 – 13 kg
7 – 10 kg

30 – 80 g
30 – 80 g
K-K : Kedah – Kelantan
S/F : Sahiwal Friesian
KESIMPULAN
Foraj bolih digunakan sebagai makanan asas dalam pengeluaran ternakan ruminant di Malaysia. Kekurangan-kekurangan zat pemakanan daripada foraj boleh diatasi dengan mengunakan hasil-hasil sampingan daripada perusahan kelapa sawit, kelapa, kopi dan padi selain daripada bahan-bahan yang di import seperti jagung dan kacang soya. Yang pentingnya makanan tambahan yang digunakan ini mestilah murah dan mudah diperolehi di samping berkeupayaan membekalkan keperluan ternakan. Selain daripada makanan, faktor-faktor seperti kesihatan ternakan serta penggunaan baka haiwan yang sesuai mestilah dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang baik.
Note:

Oleh :
Mohd Ridzuan Abd Halim dan Eng Pei KongBengkel Pengurusan dan Penggunaan Foraj
Di Pusat Latihan Ternakan Sungai Siput
Jabatan Haiwan Negeri Perak

No comments:

Post a Comment