Monday, March 14, 2011

Beri Suntikan Vitamin--> 23 ekor kambing

Hari ni, rekod dalam sejarah hidup aku..aku jadi doktor Veterina tak bertauliah. Tak ada photo masa aku beri suntikan...sebab aku yg suntik siapa nak ambil gambar..wak suhar yg tolong pegang kambing tegang urat peluk kambing tak bagi bergerak...

Aku suntik 23 ekor kambing dalam masa sehari. Berbekalkan kursus pendek dengan En. Hisham, tangan ni dah biasa sekarang. Kalau sesiapa nak bagi sub suntik kambing..boleh call

Dari 3 ubat, aku cuma beri 2 sahaja. Oligovit adalah vitamin . Sukatan 1ml/10kg kambing. Aku beri kat semua kambing. Sukatan diantara 2.5ml - 3ml (estimation aje..).
Lagi satu aku beri untuk anak kambing aje, Denferos. Aturan boleh diberi maximum 0.5ml-1ml selepas 4 hari kambing dilahirkan.
contents vitamin Oligovit...

Vitamin Denferos untuk anak kambing...aku bagi 0.5ml

Ni kalau kambing kena penyakit yg berkaitan dgn paru2..setakat ni aku belum beri lagi..

Sebelum ini, 8/3/11 Jabatan Veterina ada datang ke kandang beri Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap). Aku tak pasti jenis apa sebab aku tak ada pada masa itu.

Lesson learn:
Aku dapati selepas menyuntik 4-5 ekor, jarum selalu bengkok atau susah nak tembus. Mula2 akun ingat cara cucukan salah. Rupanya satu jarum tak boleh guna banyak kali sebab tumpul. Apa aku buat selepas itu, setiap 5-6 ekor, aku guna jarum baru.
anak kambing ni pun tak terkecuali..kena jab juga..
Selepas disuntik..



5 comments:

  1. Salam
    Saya hendak membeli 3 ubat diatas
    boleh bantu saya cara penggunaan dan harga nya

    email ke zh4f@ymail.com (yahoo mail)
    email facebook - zh4_f@yahoo.com

    https://lh3.googleusercontent.com/-nH6230b4oWM/TX4j6e0TkKI/AAAAAAAABb0/LPC_zqtERg8/s320/vit.jpg

    ReplyDelete
  2. Susah susah dahulu senang2 kemudian. Mula2 memang tegang urat. Bagus betul jabatan verinar sana ya. Sangat rajin


    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam..
    selepas di suntik berapa lama baru ada perubahan?
    ingin tahu..email samadberala@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....bleh bantu saya...diaman bleh saya beli atau dapatkan ubat2 diatas tu ye

    ReplyDelete
  5. Salam..mcm mana nak guna ubat 3 serangkai untuk kambing....utk kambing dewasa dan anak kambing....berapa ML DOS YG PERLU DI AMBIL...

    ReplyDelete