Selepas kursus..pada pendapat aku masih banyak part yang belum di cover dgn details seperti jenis2 penyakit kambing dan bagaimana nak merawat...dalam nota ada tapi tidak diuraikan...yg aku ingat, semasa di kandang En Hisham ada terangkan tentang penyakit kembung, sakit mata (berselaput),sahaja..macamana nak rawat kalau kambing luka...
aku tengah pening kepala.. abah aku dah masukkan lagi 18 ekor, total 22 ekor semuanya...
Macamana nak handle?? Sebenarnya aku tak setuju masuk banyak sangat...
Nampaknya hujung minggu ni aku kena turun Pagoh...applied ada yg aku belajar dgn En Hisham/Noh/Hj Mahmood....
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Kursus Menternak Kambing di Kampung Setulang Daeng...
Hari ini aku berkesempatan mengikuti kursus menternak kambing & lembu di kampung Setulang Daeng dekat Bukit Rambai. 4 peserta mengikuti kursus ini termasuk aku...Idzmir dari Muar, Idham & Syed Muhammad dari Kelang. Banyak yang dapat aku belajar...En Hisham, Hj Mahmood & En Nor banyak memberi tunjuk ajar cara yang terbaik untuk memulakan perusahaan ternakan kambing ini...
pandangan dari depan kandang..kalau dibandingkan dgn reban aku, ni 10X-15X lebih besar..
dari depan, Idzmir, Idham & Syed Muhammad..bakal tokeh kambing & lembu
Pandangan dari dalam kandang..>50m
En Nor mendengar soalan dari peserta, Syed
En Hisham menerangkan Ubat2/vitamin asas untuk ternakan kambing
Bagi vitamin untuk anak kambing, tak perlu disuntik
Tu dia..baka Boer..ngeri...90kg..ada berani beli...
Suntikan di punggung...merasa suntik 3-4 ekor kambing
Gambar aku menyuntil vitamin ke peha kambing...
(gambar ehsan dari blog Integrated Farm En. Hisham)
Petang, masa untuk makan..
Kandang khas untuk kambing betina yg baru beranak...
Spray mata kambing yg kena sakit selaput putih..
makan2
rumput napier + hampas soya
Baka pure kambing Boer..macam bawa Haley Davidson....90kg
Tanaman rumput Napier penting untuk mengurangkan kos makanan. ~60-70% daripada kos datang dari makanan ternakan....
Demo mesin chopper untuk rumput napier...kena beli satu ni...harga~RM2k
Gambar ehsan blog Integrated Farm En. Hisham
Bergambar sebelum tamat kursus....atas dari kiri, En. Hisham, Idham, Syed Muhammad,
bawah dari kiri aku & Idzmir. SEMOGA BERJAYA!!!!
Friday, February 18, 2011
15/2/11 Beli itik jawa telur
Selepas ke kebun siram pokok limau, aku terus ke Kpg Jawa cari itik telus...hasil research kat internet..aku jumpa satu kedai Cina betul2 sebelah sungai tempat bot river cruise lalu.. itik telur satu ekor RM3..kalau itik daging RM4 seekor...aku beli sepuluh ekor...Malam abah datang ke Melaka sambil tengok Anwar Ibrahim kat Merlimau...
Monday, February 14, 2011
13-2-11 : Dari Melaka ke Pagoh
Selepas jemput anak dari kelas tution aku ke Tambak Paya beli vitamin dan antibiotik kambing... Nak beli Viofosmin (Cikgu Alif rekomen), jual kampit. Ada 2 gred, yg biasa RM75/25kg dan yg lagi satu RM90/25kg (Plus)....tak ada penimbang...jadi kena tunggu hari Isnin...beli 5kg kg jadilah....
Antibiotik kalau kambibg kena selsema... RM27
PFI-Lyte : menurut anak Bachalal, ini adalah sesuai kalau ternakan terkena cirit birit dan sebagai vitamin tambahan..
Wednesday, February 9, 2011
8/2/11: Ke Pejabat Verterina Ayer Keroh
Masa lunch hour sempat ke verterina ayer keroh...terus ke klinik haiwan di sebelah belakang...pergi ke kaunter pertanyaan...aku bertanyakan di mana boleh beli ubatan kambing ...feedback kata sebaik2nya bagi alamat kandang dan mereka akan datang untuk melihat sendiri kalau kambing tu sakit ke tak..mereka tak simply jual kat public melainkan dia kenal peternak tersebut..dos ubat kena ikut berat kambing...tak boleh suka2 inject...lepas tu dia baga address peternak kambing/lembu susu di tambak paya..kat situ ada jual garam bukit ketul...bila ke sana..5 kg - RM18...aku beli sekali gula merah....15kg-rm16....banyak betul stock dia..nama tokeh Bachalal...(Sigh)...malam abah datang, aku pass semua kat abah...tak sempat snap gambar...
Saturday, February 5, 2011
Petang : 4/2/11, hantar kambing ke Pagoh...
Sampai ke rumah cikgu Alif agak lewat ~5.15pm, sebelum pindah kambing ke belakang kereta, aku ikut cikgu Alif ke tanah belakang rumah untuk mengambil benih rumput Napier....
Selepas tu, baru masukkan kambing ke belakang bonet picanto aku...
Sampai di kebun, kambing kecing dan berak belakang kereta...mujurlah aku tak bawa kereta lagi satu...kalau tak busuk habis....basuh kereta sampai ke maghrib....
malam jengah lagi kambing...tengah makan rupanya.
Selepas tu, baru masukkan kambing ke belakang bonet picanto aku...
Sampai di kebun, kambing kecing dan berak belakang kereta...mujurlah aku tak bawa kereta lagi satu...kalau tak busuk habis....basuh kereta sampai ke maghrib....
malam jengah lagi kambing...tengah makan rupanya.
Pagi 4-2-11: Bawa anak2 & isteri ke kandang Cikgu Alif
Selepas melawat jenazah Hj Mohd Noh, aku terus ajak anak2/isteri ke kandang kambing cikgu Alif. Anak nak exposekan anak2 aku dalam bidang ternakan. Aku tak mahu anak aku terlalu bergantung kepada certi/diploma/ijazah/master'/pHD...ternakan adalah bidang yg terlalu besar. Apalagi ternakan kambing, dah consider Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi2 yg terdahulu pun ada membela kambing. Azamuddin dan Hidayah menunjukkan minat terhadap binatang bermula dari arnab di rumah sampai ke kambing di Pagoh.
azam cuba pegang kambing....
Hidayah...cuba nak kejar kambing...
kambing yg nak dibeli...petang nanti ambil...
Cikgu Alif beri makan kambing..
campuran napier+dedak+garam+hampas soya..
hitam& putih ...sold out..akulah beli..
Thursday, February 3, 2011
2/2/11 :Melawat ke kandang kambing Cikgu Alif
Hasil perkenalan di internet, aku hubungi Cikgu Alif dan melawat kandangnya di Bt 21 1/2 Kg Kemengkang, Kesang Tua, Jasin. Sampai pun dah lewat dalam pukul 9.30malam. Kami (bersama abah,mak & Azam) di sambut oleh bapa Cikgu Alif yang peramah. Cikgu lambat sampai kerana keluar ke pekan sekejap. Banyak pengalaman dan pengajaran yg aku belajar dari bapa cikgu Alif dan cikgu Alif sendiri.
Aku tinjau sekali kandang. Ada 2 kandang utama...yg pertama di sebelah depan adalah kandang kambing boer...yg ke dua kandang utama yg ada banyak kambing kacuk , Jamnapari dan juga kampung. Oleh kerana malam, gambar yg dirakam tak beberapa terang.
Terima kasih kepada Cikgu Alif kerana melayan kami. Macam dah lama kenal pulak.
Aku tinjau sekali kandang. Ada 2 kandang utama...yg pertama di sebelah depan adalah kandang kambing boer...yg ke dua kandang utama yg ada banyak kambing kacuk , Jamnapari dan juga kampung. Oleh kerana malam, gambar yg dirakam tak beberapa terang.
Terima kasih kepada Cikgu Alif kerana melayan kami. Macam dah lama kenal pulak.
Letak deposit untuk beli kambing betina di bawah ni...muda lagi tapi badan dan besar..
Jenis dedak yang jenis Cargill tapi lebih bermutu tinggi..
Mahal sikit
Subscribe to:
Posts (Atom)