Thursday, February 3, 2011

2/2/11 :Melawat ke kandang kambing Cikgu Alif

Hasil perkenalan di internet, aku hubungi Cikgu Alif dan melawat kandangnya di Bt 21 1/2 Kg Kemengkang, Kesang Tua, Jasin. Sampai pun dah lewat dalam pukul 9.30malam. Kami (bersama abah,mak & Azam) di sambut oleh bapa Cikgu Alif yang peramah. Cikgu lambat sampai kerana keluar ke pekan sekejap. Banyak pengalaman dan pengajaran yg aku belajar dari bapa cikgu Alif dan cikgu Alif sendiri.
Aku tinjau sekali kandang. Ada 2 kandang utama...yg pertama di sebelah depan adalah kandang kambing boer...yg ke dua kandang utama yg ada banyak kambing kacuk , Jamnapari dan juga kampung. Oleh kerana malam, gambar yg dirakam tak beberapa terang.
Terima kasih kepada Cikgu Alif kerana melayan kami. Macam dah lama kenal pulak.





Letak deposit untuk beli kambing betina di bawah ni...muda lagi tapi badan dan besar..

Jenis dedak yang jenis Cargill tapi lebih bermutu tinggi..
Mahal sikit

1 comment:

  1. Saya selalu ingat Izzel din tu penternak sepenuh masa, rupa rupanya kerja cikgu.


    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com

    ReplyDelete